Tapi dengan anak-anak yang agak hyper balkoni itu agak menyeramkan pada mama. Sila lah parents pastikan sliding door tidak dibuka tanpa pengawasan adults. Alert sokmo kita ni :) jadi apa-apa menyesal tak sudah ye dok. Boleh rujuk gambar ke tiga.
Living room luas dan selesa. Bilik pulak ada 3 memang sesuai bagi keluarga yang besar. Satu bilik katil king size dan sekali dengan bathroom yang ada bath tub. Dua bilik ada 2 single bed untuk setiap bilik, untuk yang ni kena pakai bilik air di luar kerana Apartment ni ada 2 bathroom.
Selesai kisah bilik...
Bila check in kami diberikan 4 wristband waterpark yang boleh digunakan sehingga check out. Kat bawah ni gambar view water themepark yang boleh di skodeng dari Apartment kami ahaha. Nampak tak baju hitam no 10 iaitu encik suami tengah panggil anak naik dari dalam air setelah mama jerit dari tingkap bilik untuk bersiap nak check out.
Sekian review cinonet pasal GOLD COAST MELAKA dari saya. Harap-harap membantu bagi mereka yang sedang ushar2 tempat bercuti. Overall anak happy mama kurang letih sebab papa very helpful. Bagi kami Apartment ni dah cukup awesome dah.~~~~~
Pasni get ready ke Zoo Melaka........
p/s : ada complimentary breakfast untuk 4 pax dan makanan okay la not bad. kita bg 3 bintang :)
0 comments:
Post a Comment