Next destination Kelantan kami dah book resort di Tok Bali Pasir Puteh. Setakat ni most reviews yang kami research memang best. Nantikan update selepas trip kami yeaa ;)
Villa Danialla Tok Bali. Tak sabar weiss
Dari Kuantan Ke Muar Terus ke Melaka PART 3 (ZOO MELAKA)
Selepas check out dalam jam 12 camtu kami pun bukak Waze lagi. Next destination Zoo Melaka sebab kami tak pernah pergi sana lagi. Tempat feveret anak-anak jadi pilihan. Dari GOLD COAST lebih kurang 30 minit je..tak jauh.
Bayaran masuk pun tidaklah melampau sangat. Kami 4 dewasa 2 warga emas 3 kanak kanak dalam seratus lebih camtu. Nak naik tram bayar kat dalam. Rm5 dewasa Rm3 kanak-kanak. Jauh jugak dibawa tram ni. Zirafah rimau singa cimpanze gajah bagai boleh tengok dari dalam tram. Tapi bila dah habis trip tram ni kami masuk jalan kaki sekali lagi untuk explore kat belah-belah dalam. Dapat tengok zebra yang tak nampak masa naik tram. Rasanya agak berbeza dengan Gambang Safari sebab haiwan yang liar ni dapat diteliti lebih lama tanpa barrier cermin tram (tram di Gambang Safari bertutup dan dilarang membuka tingkap di kawasan haiwan liar seperti harimau).
Dari Kuantan Ke Muar Terus ke Melaka PART 2 (GOLD COAST MALACCA INTERNATIONAL)
Tapi dengan anak-anak yang agak hyper balkoni itu agak menyeramkan pada mama. Sila lah parents pastikan sliding door tidak dibuka tanpa pengawasan adults. Alert sokmo kita ni :) jadi apa-apa menyesal tak sudah ye dok. Boleh rujuk gambar ke tiga.
Living room luas dan selesa. Bilik pulak ada 3 memang sesuai bagi keluarga yang besar. Satu bilik katil king size dan sekali dengan bathroom yang ada bath tub. Dua bilik ada 2 single bed untuk setiap bilik, untuk yang ni kena pakai bilik air di luar kerana Apartment ni ada 2 bathroom.
Selesai kisah bilik...
Bila check in kami diberikan 4 wristband waterpark yang boleh digunakan sehingga check out. Kat bawah ni gambar view water themepark yang boleh di skodeng dari Apartment kami ahaha. Nampak tak baju hitam no 10 iaitu encik suami tengah panggil anak naik dari dalam air setelah mama jerit dari tingkap bilik untuk bersiap nak check out.
Sekian review cinonet pasal GOLD COAST MELAKA dari saya. Harap-harap membantu bagi mereka yang sedang ushar2 tempat bercuti. Overall anak happy mama kurang letih sebab papa very helpful. Bagi kami Apartment ni dah cukup awesome dah.~~~~~
Pasni get ready ke Zoo Melaka........
p/s : ada complimentary breakfast untuk 4 pax dan makanan okay la not bad. kita bg 3 bintang :)
Dari Kuantan Ke Muar Terus ke Melaka PART 1
Wow! Berkurun blog ini sudah bersawang rupanya. Last trip ke Sungai Lembing pun kami tak update. Tapi best woooo bawak anak. Nanti kalau pergi semula kita update insyaAllah :)
Weekend baru ni kami ke Muar merisik anak dara untuk anak teruna di rumah parents saya. So no foodhunting area Muar sebab kami makan di rumah pihak perempuan sahaja. InsyaAllah next time masih ada...nak berbesan la katakan.
Perjalanan dari Kuantan ke Muar agak mudah dgn Waze dan memakan masa 4 jam sahaja. mungkin kalau uol dah biasa drive jauh boleh cut lagi jadi 3 jam. Mungkin.
Well. The second best thing selepas dapat bakal ahli keluarga baru is anak-anak boleh enjoy di Gold Coast International Malacca yang kami dah booking melalui www.agoda.com . Dari Muar ke Bukit Katil Melaka hampir satu jam sahaja. Kami decide ke sini sebab anak-anak memang suka main air dan lebih dekat berbanding kalau kami ke JB. Actually ada die hard fan Hello Kitty kat rumah ni. Hello Kitty di Nusajaya next time ye sayang mama ;)
Berbalik kepada GOLD COAST INTERNATIONAL MALACCA. Untuk kami yang kurang cerewet memang best sgt dah. kami booking Apartment 2 bilik dgn harga rm387.06 tetapi bila check in dapat Apartment 3 bilik. Alhamdulillah..
Mungkin kalau uol pandai boleh dapat cheaper price kot. Review pasal tempat penginapan dan theme park ini saya akan cerita dalam next entry.
Chiow :)