Malam ni selepas tidurkan anak-anak tersayang, bermulalah tugas aku menyemak barang-barang yang perlu dimasukan ke dalam beg sandang aku ini. Barang-barang yang perlu tidak boleh tertinggal di rumah sebab bawa budak-budak...kelam kabut nanti.
Ya.......mula mula sekali pakaian yang perlu disiapkan adalah pakaian anak-anak. Aku pastikan ada 3 pasang persalinan dan siapkan lagi setiap orang sepasang pakaian mandinya. Yang mak bapak punya sudah ada dalam fikiran maka esok saja aku masukkan dalam beg..ehehhe.
Okay habis bab pakaian. Untuk mandi! hmmmm..pelampung seorang satu. Check!! Lagi, lampin pakai buang khas untuk mandi. Aku pakai Huggies Little Swimmer. Malang sekali kat Carrefour ECMALL sahaja yang jual. Itupun hanya saiz L yang ada. Tak tau la padan ke tidak si kecik aku nak pakai. esok ni.
Lagi, tuala dan mandian sahaja yang perlu aku bawa. Kemudian yang paling penting.........bawa duit.
Jeng jeng jeng...bersambung esok.
Persiapan ke Waterpark
10:45 PM |
Labels:
Bukit Gambang Waterpark
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment