RSS

About

Kami suka jalan jalan

Beraya Aidiladha di Kelantan

yeay yeay...kami akan berhari raya di Kelantan tak lama lagi. KELANTAMMMM???WE ARE COMING!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan jalan di KL

Selepas adik aku siap temuduga di SPA Jalan Cenderasari aku bawa anak-anak aku pergi Planetarium. Memandangkan masa terhad dan anak sulung aku buat perangai itu satu saja tempat yang kami kunjungi. Sempat masuk KLCC dalam 10 langkah anak aku buat perangai lagi dan kami putuskan keluar semula dan kembali ke rumah makcik aku di Pandan Indah. Nak ke Jalan Cenderasari tu rupanya taklah sesusah yang disangka. Berhampiran saja dengan Planetarium yang kami nak pergi. KL Bird Park dapat kami tengok dari dalam kereta sahaja sebab nak cepat balik Kuantan hari itu juga.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghitung waktu untuk ke KL

Seperti biasa kalau esok nak travel mana mana aku akan tidurkan dua buah hatiku ini dan mula periksa baju baju yang perlu di bawa. Letak setompok esok packing aje. Tempat menginap belum ditentukan dengan jelas lagi.

Mengapa aku nak pergi Kuala Lumpur?... Sebenarnya adik aku akan menjalani temuduga di SPA JAlan Cenderasari KL. Puas sudah aku telek google maps untuk ke sana. InsyaAllah kami akan sampai pada masanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan angin sekitar Kuantan

Hari ni kami meluangkan masa bersama-sama sekitar Kuantan sahaja. Makan tengahari di Pelabuhan, Kuantan. Tak dapat nak balik rumah lagi sebab anak sulung aku nak jalan jalan lagi. Dia suruh papanya bawa ke mini zoo Taman Teruntum tapi memandangkan tengahari ini sangat panas terik kami putuskan jalan-jalan di trek jogging Taman Gelora, Kuantan sahaja.


Pemandangan di pelabuhan, kuantan pukul 11 lebih








Anak sulungku nak main pasir tapi tak dibenarkan.

Taman Gelora, Kuantan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom ke GAMBANG WATERPARK

Hari ini seperti biasa kami keluar pagi dalam pukul 9 lebih, singgah ambik adik adik iparku dan sampai di Bukit Gambang WaterPark dalam pukul 10 lebih. Waktu ini tak berapa panas lagi cuacanya. Selepas ke pintu masuk kami menyewa satu double tube dan 2 single tube.

tube kami


Masa kami banyak dihabiskan di kolam kanak-kanak disebabkan anak-anak sangat suka main air. Makan pun di cafe tepi kolam sahaja. Nak balik bukan main susah lagi sebab anak teruna aku berat hati nak tinggalkan tempat ni. Pukul 3 lebih baru dapat keluar....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persiapan ke Waterpark

Malam ni selepas tidurkan anak-anak tersayang, bermulalah tugas aku menyemak barang-barang yang perlu dimasukan ke dalam beg sandang aku ini. Barang-barang yang perlu tidak boleh tertinggal di rumah sebab bawa budak-budak...kelam kabut nanti.
Ya.......mula mula sekali pakaian yang perlu disiapkan adalah pakaian anak-anak. Aku pastikan ada 3 pasang persalinan dan siapkan lagi setiap orang sepasang pakaian mandinya. Yang mak bapak punya sudah ada dalam fikiran maka esok saja aku masukkan dalam beg..ehehhe.
Okay habis bab pakaian. Untuk mandi! hmmmm..pelampung seorang satu. Check!! Lagi, lampin pakai buang khas untuk mandi. Aku pakai Huggies Little Swimmer. Malang sekali kat Carrefour ECMALL sahaja yang jual. Itupun hanya saiz L yang ada. Tak tau la padan ke tidak si kecik aku nak pakai. esok ni.
Lagi, tuala dan mandian sahaja yang perlu aku bawa. Kemudian yang paling penting.........bawa duit.
Jeng jeng jeng...bersambung esok.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUKIT GAMBANG WATERPARK! Kami datang!!!

Yeay!! Akhirnya anak anak dah sihat sejahtera dan boleh splash splash. Jadi perancangan esok hari kami akan ke BUKIT GAMBANG WATERPARK! Again!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sungai Lembing At a Glance

Tengahari tadi ajak suami jalan-jalan sekejap ke Sungai Lembing tengok apa yang ada. Wow rasa macam berada di tempat lain je. Nanti nak bawak anak teruna aku pergi sana. Macam-macam ado....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Supplement dan vitamin

Untuk kesihatan anak-anak aku mula membekalkan vitamin dan supplement secara konsisten. Semua bermula hari ini...ini senarainya :

1) Excellium from Gano Excel
2) chewable Multivitamin and minerals  from Scotts
3) Minyak ikan kod orange flavour from Scotts Emulsion

Buat masa ni, cukup la kot. Next step prepare for pemakanan seimbang pulak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laut mula gelombang

Sementara anak sulung di tadika kami menjenguk bot fiber di pelabuhan kuantan. Dua buah bot sudah masuk air.

Pelabuhan, Kuantan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS