RSS

About

Kami suka jalan jalan

KB ..here i am again

Kami 3 beranak kembali berada di sini untuk meraikan hari perkahwinan sepupu aku. Suami aku tidak bersama kami. Aku rasa agak sedih tapi aku tetap ingin datang ke sini. Sejak 1 November 2012 hingga ke hari ini dengar dengarnya Istana Negeri terbuka untuk lawatan rakyat jelata...

Ramai dan hujan...tak dapat singgah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencuci mata di Pasar Borong Wakaf Che Yeh

Pasar Borong Wakaf Che Yeh ni sangat popular di kalangan kaki shopping. Barangan murah..(ye la kot..cheq tak kuat shopping). Sungguh sesak menjelang selepas Isyak. Tapi jangan risau sebab ruang letak kereta banyak. Namun aku menasihatkan para pengunjung yang betul betul ingin memborong baiklah menginap sahaja di hotel-hotel yang ada di kawasan Wakaf Che Yeh itu jadi bila ingin membeli belah dekat sahaja kita perlu berjalan. Kalau tak memang berpeluh ketiak lah korang. Gambar aku tak dapat nak snap sebab bawak anak yang tak duduk diam asyik kena kawal dia sahaja..jadi jalan jalan jalan bawak balik tudung sehelai. Peace!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dari Kuantan ke Kota Bharu

Kali ini seronok kerana dapat beraya di kampung...namun tanpa suami kurang sikit seronoknya. Lari seketika dari suasana bandar. Kami menginap di rumah saudara di Kubang Kerian. Melihat acara korban di pagi raya di Pasir Hor sungguh meriah. Menu seperti sate, singgang daging, gulai daging, daging goreng, sup daging, sup gear box dan sambal-sambal yang pelbagai menjadi hidangan kami sepanjang hari raya aidil adha. Pendek kata semuanya berasaskan daging. Tapi ada sekali kami dihidangkan gulai itik di rumah pakcik aku. So yummy!!!

Cuaca pulak??? Sangat mengizinkan aktiviti outdoor...alhamdulillah.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS